Iklan

Monday, April 25, 2011

JEJAK RASUL - JEJAK RUSH and HOLD.. USTAZ WAN..



Tajuknya agak pelik kali ini. Jejak "Rush and Hold.." Ustaz Wan. Ustaz Wan yang dimaksudkan ini adalah Ustaz Wan Alias bin Wan Abdullah, pencetus idea program popular Jejak Rasul di TV3. Beliau juga adalah bekas guru sandaran di sekolah saya, Sekolah Menengah Masjid Tanah, Melaka anggaran tahun 1971. Isterinya Sinah adalah 'junior' juga sahabat saya di sekolah itu.

Ustaz Wan Alias ketika catatan ini ditulis, adalah salah seorang orang penting di TV Al-Hijrah Pusat Islam yang dipimpin oleh Bokhari Che Muda, juga teman saya ketika sama-sama dalam unit Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV3 1985 lalu.

Suatu masa lalu, program Jejak Rasul pernah menjadi isu besar. Pihak yang bernaung di bawah Kumpulan Al-Arqam, kalau tak silap Layar Concept, mendakwa Jejak Rasul adalah konsep dan idea mereka dan mereka pernah menawarkan konsep itu kepada Yunus Said, orang kuat TV3 masa itu.

TV3 sebaliknya menyatakan, idea Jejak Rasul adalah idea mereka sendiri dan cetusan idea ini berlaku satu tahun sebelumnya, melalui Ustaz Wan Alias sendiri yang ketika itu adalah Ketua Penolong Pengarah Pusat Islam @ Pengarah Muzium Islam Pusat Islam. Bagaimanapun, walaupun konsep serupa tapi judul yang diketengahkan oleh Ustaz Wan Alias ketika itu adalah Warisan Tamadun Islam.

Saya tidak begitu kisah apa yang terjadi selepas itu dan dirasakan ia diselesaikan secara 'baik' agaknya kerana tiada kecekcokan berlaku ketika itu.

Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak sedar, sayalah saksi mutlak Ustaz Wan, yang berani memperakukan bahawa konsep program Jejak Rasul, bukan judulnya, adalah idea mutlak Ustaz Wan Alias bin Wan Abdullah.

Apakah kaitan saya di sini?

Sebagaimana yang telah saya paparkan terdahulu, anggaran tahun 1993 atau awal 1994, Ustaz Wan telah meminta saya membantunya dalam unit Audio Visual untuk program hebat anjuran Jabatan Muzium Islam Pusat Islam iaitu Festival Tamaddun Islam Sedunia (WICF '94. Konsep Video Dokumentari mengenai Warisan Tamaddun Islam ini adalah sebahagian dari kelompok bahan yang dalam perancangan beliau.

Sejak dari hari itulah, kami duduk berbincang mengenai perkara itu. Saya dipertanggungjawabkan untuk membantu Ustaz Wan dalam melakukan penyelidikan lanjut, selain berperanan sebagai pengarah dokumentari dan penulis skrip sekaligus. Saya juga dipertanggungjawabkan untuk ehwal suntingan dan sound mixing.

Perancangan penggambaran awal kami akan bermula di serata Malaysia meliputi seluruh semenanjung, diikuti penggambaran di Sabah dan kemudian ke Sarawak. Bagi pusingan kedua kami akan meneruskan penggambaran ke negara Asean seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura, Filipina, Kamboja dan lain-lain. Langkah selanjutnya adalah ke China, India, Pakistan dan kemuncaknya ke negara-negara Arab.

Itulah perancangan yang telah kami putuskan berbulan-bulan.

Bagi memudahkan kami melakukan tugas, kontraktor utama WICF '94, Kumpulan Jetson, telah membeli sebuah kamera Betacam Sony untuk kegunaan kami melakukan rakaman dan penggambaran untuk projek itu. Dengan kehadiran kamera itu, kami memulakan langkah awal dengan membuat penggambaran ke sekitar Tanah Melayu, bermula dengan Melaka, Johor, Pahang, Terengganu.

Malah kami juga berkesempatan untuk terbang ke bumi Acheh untuk merakam produk-produk yang berpaksikan warisan tamadun Islam seperti Masjid Besar, Makam Syiah Kuala dan sebagainya. Malah kami sempat juga melakukan penggambaran ke makam penyair terkenal Indonesia, Khairil Anwar yang popular dengan sajaknya ' Aku Ini Binatang Jalang...", atau singgah ke kampung asal Nyeik Tunku Putih, bapa Allahyarham P. Ramlee, atau merakam banyak warisan batu nisan yang disebut sebagai Batu Acheh di bumi dan pesisir pantai Acheh.

Segala rakaman itu, 'mungkin' masih ada, dan istimewanya ia dirakam sepenuhnya sebelum bumi Acheh yang dilanda ombak menggila yang kini popular disebut 'Tsunami'.

Malangnya, program hebat dari cetusan idea Ustaz Wan Alias tiba-tiba dihentikan begitu saja. Saya kemudiannya diminta untuk membantu Mr. James (lihat paparan Tuan Ekspatriat, Tuan dalam nukilan terdahulu). Saya tidak pasti, kenapa program ini dibatalkan. Mungkin ada kaitannya dengan 'budget" yang 'lari' atau ada kaitannya dengan 'kesuntukan masa' dan keperluan untuk memberi tumpuan bagi kejayaan WICF 94.

Setelah berakhir WICF 94, saya diminta oleh Kumpulan Jetson tepatnya Sdr. Isnin, untuk membantunya menyediakan anggaran 10 video dokumentari mengenai Tunku Abdul Rahman Putra untuk Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di Kuala Lumpur.

Beberapa bulan kemudian, Isnin meminta saya membuat empat video dokumentari mengenai Tun Abdul Razak pula untuk Memorial Tun Abdul Razak di Tasik Perdana Kuala Lumpur.

Suatu hari Ustaz Wan memanggil saya untuk berbincang semula mengenai program Warisan Tamadun Islamnya itu.

" Man. Aku ada telefon Yunus Said," kata Ustaz Wan sebaik saya hadir menemui beliau di biliknya. Beliau maksudkan Yunus Said, CEO TV3 ketika itu.

" Aku dah bincang dengan Yunus, macam mana nak TV3 boleh bantu kita siarkan program ini kat TV3," tambah Ustaz lagi.

" Yunus minta jumpa dia kat TV3," tambah Ustaz Wan lagi.

Mendengar perkabaran itu, hati saya menjadi senang. Inilah dirasakan peluang terbaik saya untuk menyerlahkan kreativiti sebenar saya kepada massa .

Esoknya, saya dan Ustaz Wan mengunjungi pejabat Yunus Said. Kami berbincang mengenai soal itu. Yunus kelihatan gembira dengan program Ustaz Wan Alias mengenai Warisan Tamadun Islamnya. Pihak TV3 katanya sedia untuk bekerjasama untuk menebitkan siri pertama Warisan Tamadun Islam sebanyak 30 siri untuk tayangan sepanjang bulan Ramadhan berikutnya.

Anehnya, sejak dari hari itu, saya sudah tidak mendapat perkabaran lagi mengenai program Warisan Tamadun Islam itu. Apabila, soal ini ditanyakan kepada Ustaz Wan Alias, beliau memberitahu, program ini ditangguhkan buat sementara waktu.

Di situlah bermulanya proses menanti dan menunggu.

Hampir setahun kemudian, bekas jurukamera yang bersama saya untuk rakaman dan penggambaran ke Acheh dan ke Terengganu, Roslan, (ketika itu stringer TV3) memaklumkan kepada saya, Ustaz Wan Alias telah memulakan tugasnya sebagai Penerbit untuk program Jejak Rasul di TV3.

Keadaan ini sekaligus bermakna, program Warisan Tamadun Islam yang kami rancang bersama sudah diberikan titik noktah secara besar-besaran.

Sekali lagi, orang TV3 menikam saya dari belakang dan menabur pasir pada pinggan yang belum diisikan apa-apa.

Baru sebentar tadi, mata saya meleret, puluhan video-video (raw) mengenai program Warisan Tamadun Islam @ Jejak Rasul yang masih tersimpan dalam koleksi saya. Usianya kini sudah menjangkau 17 tahun. Saya tidak pasti sama ada video rakaman dalam pita Betacam itu masih baik atau tidak. Terserahlah pada takdir dan mungkin, ya mungkin, kalau ada sesiapa yang mahukannya, ambillah dan cuba pulihkannya semula, jika masih elok lagi.

Usia saya sudah menghampiri 60 tahun dan sering kurang sihat kini. Tidak mungkin saya mampu kembali, untuk memulihkannya, sebagaimana tenaga saya 17 tahun yang lalu.

Beberapa bulam lalu, sahabat saya Roslam pernah bertemu dan menjemput saya untuk majlis perkahwinan anaknya.

" Ustaz Wan kita itu silap besar. Sepatutnya dia dah jadi jutawan sekarang ni. Dan kita juga mungkin dapat tumpang jadi orang kaya.." lahirnya lucu.

Saya ketawa kecil. Hati saya mula terusik. " Mungkin tuhan tidak membenarkan saya menjadi orang kaya."


Jumpa lagi.









4 comments:

Ain Mardhiah said...
This comment has been removed by the author.
sudirmanrosli said...

Cik Ainul. Rakaman video itu masih dalam "raw' ertinya masih belum disunting dan masih dalam tape betacam. Rakaman itu perlu diproses dahulu dan dipindahkan ke media yang lain. Cuma kerisauan saya, dalam umurnya 17 tahun, dan tidak dijaga, kualitinya agak 'fragile'. Bila balik dari Jordan, hubungi saya semula dan itupun kalau Cik Ainul mempunyai peralatan lengkap Betacam editing machine AB Roll. Untuk video-video sejarah yang pernah saya hasilkan, cuba rujuk Y-Tube saya atas nama DmanRosli's Channel.

Anonymous said...

Sesiapa yang membaca cerita ini harus sila bergembira dengan saya kerana saya merasakan ditolak dan kecewa sekali oleh Isteri saya dengan cara yang sama seperti mana-mana lain lakukan dengan kesedihan hati sebelum i bertemu Dr orinoko On line e-mel saya adalah firstaxo@gmail.com. Isu saya dengan rakan sekerja, dia sentiasa istexting mereka walaupun selepas saya memberitahunya bagaimana saya berasa mengenainya. Dia akan berhenti untuk seketika dan kemudian mula seluruh. Dia sentiasa memberitahu saya bagaimana lemak dan lama ini Lelaki tetapi saya tahu bahawa dia telah menggunakan bahawa sebagai gangguan untuk saya tidak mengesyaki beliau. Hari ini saya kini telah mendapat tahu dia adalah menubuhkan tarikh makan tengah hari dengan salah seorang daripada mereka. Saya tidak lagi boleh mengambilnya. Saya tidak faham mengapa dia terus melakukan perkara ini kepada saya. Beliau juga datang rumah lewat selepas kerja sekarang dan dia akhirnya pergi dan berpecah dengan saya, baik i berada di psikik tetapi semua yang sama. apa yang perlu saya lakukan? sehingga kawan saya memperkenalkan saya kepada seorang ahli sihir yang membantu untuk menyatukan kembali suaminya. mendapatkan dia dengan orinokosolutiontemple1@gmail.com anda boleh menghubungi beliau. jadi saya menggunakan ini cara untuk memberitahu orang bagaimana gembira dan berapa banyak i menghargai dr baik.

Miss Joyce said...

Nama saya Miss Joyce dan aku dari Kesaksian Amerika States.I'm menulis ini untuk memberitahu siapa pun yang membutuhkan bantuan Tidak peduli apakah itu bantuan untuk cinta, uang atau apa pun hanya ada satu tempat untuk pergi untuk mendapatkan bantuan ini tidak ada mereka dapat membantu untuk besar Anda dengan apa pun masalah Anda. Saya telah menghubungi mereka untuk mendapatkan bantuan oracle WS sangat memahami dalam situasi saya dan masalah saya oracle Mengatakan kepada saya segala sesuatu yang saya harus lakukan untuk mendapatkan bantuan ini dan apa yang diperlukan dari saya, oracle WS selalu ada untuk menjawab pertanyaan itu WS dan selalu cepat dalam merespon pertanyaan saya atau Apa saja masalah yang saya punya. Mereka akan berada di sana untuk Anda setiap langkah dari jalan dan akan berada di sisi Anda selama Anda membutuhkannya. Oracle akan memecahkan masalah Anda dan Setiap Anda mendapatkan makan di luar Anda layak dan ingin. Jika Anda ingin kekasih Anda kembali atau Anda memerlukan bantuan dengan situasi lain semua yang Anda Harus lakukan adalah email kontak dilindungi dan meminta help.They yang peduli dan pengertian dan akan membantu Anda setiap langkah way.i pernah Diyakini di sihir atau itu Ada Apakah yang seseorang membantu sampai aku Dihubungi email ini Dr.jartospellcaster@gmail.com.if u perlu bantuan ini adalah email untuk menghubungi. Terima kasih banyak Dr.jartospellcaster@gmail.com

Post a Comment